September 12, 2008

SISTEM PENAPIS

LOKASI: KG. KUBU GAJAH, SELANGOR

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas


Sistem penapis / filter ini digunakan bagi memudahkan pengurusan penternakan, terutama bagi mengurangkan kadar penukaran air di dalam sistem.
Dengan adanya sistem penapis, air yang digunakan akan dialir untuk kitaran semula secara berterusan.
Biasanya, air hanya perlu ditukar setiap dua minggu setelah sistem ini digunakan, bergantung kepada keadaan dan jenis ternakan. Maka, kos penggunaan air dapat dijimatkan dan masalah bau busuk dapat dikurangkan dan seterusnya dihindarkan.

September 11, 2008

Sistem Ternakan Lintah

* Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas



**Berminat?? Anda boleh mendapatkan sistem ini pada harga yang
berpatutan dan mampu dimiliki. Harga boleh dirunding.

September 1, 2008

SISTEM SANA - SINI

SISTEM INTENSIF AKUAKULTUR KOMERSIL

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Lokasi: Kg. Baru Sg. Buloh (klik)


Lokasi: Kuala Terengganu. (klik)


Lokasi: Jerantut, Pahang.
(klik)

GAMBAR TERNAKAN

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas


Keistimewaan Sistem

1. Mudah alih/Mudah dibawa

2. Menjimatkan ruang

3. Densiti ternakan tinggi

4. Mudah diuruskan5. Harga berpatutan

6. Hasil yang bermutu tinggi

SISTEM INTENSIF AKUAKULTUR KOMERSIL

PENGENALAN (klik untuk maklumat lanjut)

Pencemaran persekitaran akibat aktiviti manusia menyebabkan sumber makanan khususnya ikan turut tercemar.Ini menjadikan ianya kurang selamat di masa akan datang. Justeru, Sistem Intensif Akuakultur ini boleh menjadi cara alternatif untuk memperolehi hasil yang memuaskan di samping memenuhi permintaan ikan yang semakin meningkat.

KONSEP SISTEM

Sistem pengaliran air secara kitar semula atau RAS (Recirculating Aquaculture Systems) yang berterusan menyebabkan ikan akan berenang dengan lebih kuat untuk melawan arus. Ini akan menggalakkan tumbesaran ikan dan seterusnya menghasilkan ikan yang lebih bermutu. Di samping itu, terdapat plankton di dalam air yang menjadi makanan ikan. Melalui proses fotosintesis, alga akan mengeluarkan oksigen untuk ikan di dalam tangki.

BERMINAT?
Anda mampu memiliki sistem ini. Harganya berpatutan. Hasilnya tentu memuaskan.